Ini adalah sebuah coretan perjalanan kami sempena meraikan perkahwinan satu-satunya adik lelaki saya, Wan dan isterinya Aimi di Kelantan. Majlis pernikahan berlangsung pada hari Sabtu, 12/3/2011 di Masjid Kubang Kerian, Kelantan. Alhamdulillah..kami sekeluarga menerima orang baru atau bagi saya adik perempuan yang baru.
Perjalanan kami bermula pada pukul 5.30 pagi hari Sabtu, 12/3/2011. Keluarga Pak Njang dan Pak Cik Min telah bertolak pada hari Jumaat dan bermalam di rumah Mak Ngah di Ipoh. Kami mengambil keputusan tidak mengikuti konvoi dan sekiranya ada peluang bertemu konvoi kereta, kami akan turut serta. Kami mengambil keputusan untuk berhenti sembahyang subuh di RnR Rawang. Keadaan surau sungguh sesak memandangkan sudah masuk waktu Subuh. Setengah jam kami di sana, kami teruskan perjalanan kami. Oh ya..semua ahli rombongan bersetuju untuk menggunakan lauan Grik-Jeli untuk ke Kelantan. 2 jam perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan, kami tiba di susur keluar Kuala Kangsar. Inilah pertama kali kami sekeluarga melalui Lenggong, Perak. Di sepanjang perjalanan terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh disinggah atau untuk bercuti seperti Tasik Raban dan Empangan Chenderoh. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dan tenang. Lanskap semulajadi yang hijau tak jemu dipandang. Lenggong juga dikenali sebagai bandar pra sejarah. kerana di Lenggong bermula penempatan awal atau zaman palelolitik di Semenanjung.Ada banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati di sini seperti Muzium Arkeologi Lenggong. Kesimpulannya Lenggong boleh dijadikan tempat percutian sekeluarga sekiranya mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah. Di sini kita boleh mencuba sukan rekreasi air di Tasik Raban, meneroka Gua Tok Giring dan menghayati sejarah di pusat arkeologi. Terdapat banyak juga lata untuk bermandi manda di kawasan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai percutian di Lenggong, boleh rujuk laman sesawang ini: http://www.pelanconganlenggong.my
Seawalnya, kami merancang untuk berhenti rehat di tempat di mana MakSu sekeluarga sedang bersarapan. Tetapi kerana pemanduan yang sangat laju. kami terlepas tempat tersebut. Kami berhenti rehat di Kawasan Rehat Majlis Daerah Lenggong untuk bersarapan. Hanya satu gerai mamak menjual roti canai yang dibuka. Mungkin kerana keadaan di sini yang tidak kelam kabut, maka servis di gerai ini begitu perlahan. Sedang menikmati sarapan, Mak Teh menelefon untuk memaklumkan yang kereta Mak Ndak penuh, oleh itu Tok Wan akan naik dengan kami, memandangkan kereta kami ada tempat kosong. Hanya seorang sepupu saya saja yang menumpang kami. Usai sarapan, sementara menunggu Mak Ndak dan keluarga sampai, Muaz mengisi masa dengan bermain di taman permainan yang disediakan.

Lebih kurang 10 minit, Mak Ndak pun sampai. Apabila semua sudah sedia kami pun menyambung perjalanan kami. Keadaan jalan agak lengang tetapi kadang-kadang kami bertemu dengan kenderaan bergerak perlahan disebabkan ada lori besar di hadapan. Jalan yang lurus dan baik membuatkan perjalanan lebih lancar.
Kami tiba di Grik tidak lama kemudian. Selepas melui pekan Grik, kami menempuh jalan berbukit yang berliku-liku. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan dari sini. Merentasi hutan hujan tropika membuatkan kami tersangat kagum dengan kebesaran Allah. Pada mulanya saya bercadang untuk berhenti di Tasik Banding bagi menikmati pemandangn yang indah, tetapi TokWan menyarankan agar kami berhenti di 'atas bukit' kerana tempat tersebut terletak di tengah-tengah antara Grik dan Kota Bharu. Akur dengan nasihat orang lebih tua, kami menyambung perjalanan kami. Sepanjang perjalanan, telefon kerapkali berdering kerana ahli rombongan lain bertanyakan lokasi kami. Nampaknya kami berada di depan sekali..mungkin. Lebih 2 jam menempuh perjalanan yang mencabar kami tiba di 'atas bukit' iaitu Kawasan Rehat Titiwangsa. Terdapat sebuah kedai makan beroperasi di situ yang menjual juadah nasi campur. Saya agak perniagaan ini adalah perniagaan keluarga. Kami hanya memesan teh panas kerana belum terasa lapar. Terdapat juga tandas dan surau disediakan. Walaupun dibina secara tandas kampung, tetapi ianya bersih dan selesa. Suasana sungguh sejuk di atas bukit ini. Kebetulan, keluarga Mak Ndak pun tiba. Kami mengambil bekalan makanan yang dibawa Mak Ndak untuk dimakan. Ada nasi goreng pedas dan tak pedas dan juga cekodok pisang.
Sedang menikmati makanan, kami terlihat kereta MakNdak berlalu pergi. Cepat-cepat kami habiskan makanan untuk meneruskan perjalanan. TokWan seperti mahu menunggu ahli rombongan lain. Setelah menghubungi ahli konvoi yang lain, kami dimaklumkan yang mereka masih belum melepasi Tasik Banding. Tidak mahu menuggu lama, kami pun bergerak. Rupa-rupanya kami tersilap. Kia Sorento itu bukan kereta MakNdak..cuma warnanya yang sama begitu juga dengan nombor platnya adalah nombor Perak. Kami menyedari kesilapan kami setelah dihubungi MakNdak bertanyakan tentang nasi gorengnya. Disangkakan kami telah mebawa lari nasi goreng tersebut. Seawalnya kami pun pelik kenapa MakNdak pergi dengan meninggalkan nasi gorengnya dengan kami. Rupa-rupanya ada kesilapan visual di sini. Situasinya, kami makan di bahagian depan, manakala MakNdak masih di ruang makan bahagian belakang kedai tersebut. Oleh itu kami tidak ada hubungan visual dengan Mak Ndak. "Kami minta maaf MakNdak, nasi goreng MakNdak sedap la tu yang bawa lari tu ."

Kami tiba di Jeli dalam pukul 1.00 tengahari. 2 jam perjalanan termasuk kesesakan yang teruk di Kota Bharu menyebabkan kami tiba agak lewat dari dijangkakan. Kota Bharu telah banyak berubah dengan lebih banyak pembangunan dari dahulu. Kali terkahir saya ke Kota Bharu adalah 15 tahun dahulu. Kenderaan juga bertambah, mungkin kerana musim cuti persekolahan. Kami selamat tiba lebih kurang pukul 3 petang dan disambut oleh mak, abah, opah dan adik perempuan saya.Mereka telah tiba sehari lebih awal.Sayangnya, saya benar-benar terlupa nama banglo tersebut. Ia sebuah banglo yang luas dan selesa serta boleh memuatkan ramai orang. Kami dimaklumkan bahawa 11 buah kereta penuh mengikuti rombongan pengantin lelaki yang terdiri daripada saudara-mara terdekat kami. Kami adalah yang terawal sampai. Sementara menunggu ahli keluarga yang lain tiba, kami merehatkan diri untuk majlis pernikahan yang akan berlangsung selepas Asar.
Alhamdulillah semua ahli keluarga selamat sampai di Kelantan. Saya begitu teruja dengan majlis perkahwinan ini kerana tidak pernah lagi merasa pengalaman menghadiri kenduri kahwin di Kelantan. Akan datang..catatan majlis pernikahan dan majlis perkahwinan adik saya.. bersambung..

5 comments:
Salam.
Saya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much
https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0
Salam,
Lily
imm, thank you for this post :) lamanya tak pegi weddings and ikut konvoi family! ahhh, rindu kenduri kahwin and malaysia semestinya :)
ps: the nasi goreng part is soo funny!
Itula..ini pun the first after byk tahun dah. Mine punya tak kira sebab kahwin nagn org dekat ja. nanti rombongan kenduri kahwin dena jauh nak pi tu..sampai Jepun. Imm pun tak sabar nih nak pi kenduri Dena..mesti sooo special sebab 2 budaya.
Hi Lilyel,
selamat datang dan selamat berkenalan. Saya dah isi questionnaire tersebut. Selamat berjaya untuk projek tahun akhir anda
terima kasih :)
Post a Comment